Berikut adalah tiga kemestian yang perlu anda pertimbangkan sebelum menyertai mana-mana Program Affiliate yang baru:-
Pertama:
Sertai Program Affiliate yang baru hanya jika anda yakin mampu mengekalkan fokus anda terhadap pertambahan tersebut. Adakah ianya akan mengalih tumpuan anda terhadap Program Affiliate yang sudah anda sertai sebelum ini? Atau, adakah Program Affiliate baru ini bersesuaian dengan program-program lain yang sedang anda promosikan?
Kedua:
Adakah anda mempunyai masa dan teknik yang secukupnya untuk mempromosikan Program Affiliate baru ini? Tidak kisahlah sejauh mana bagusnya sesuatu program itu diperkatakan, kejayaan anda dalam program tersebut hanya akan dapat dicapai jika anda boleh menumpukan usaha anda terhadap langkah memasarkan program tersebut.
Ketiga:
Adakah dengan menyertai Program Affiliate yang baru akan mengurangkan masa anda untuk mempromosikan Program Affiliate yang sudah anda sertai sebelum ini? Jika ya, ini bermakna pendapatan anda dari Program Affiliate yang sudah anda sertai sebelum ini akan terancam. Kecuali anda yakin Program Affiliate yang baru itu mampu meberikan pendapatan yang lebih lumayan, maka tiada sebab munasabah untuk anda sertai program baru tersebut.
Sudah menjadi lumrah Program Affiliate yang baru akan menawarkan sesuatu yang lebih memukau dan menarik minat kita untuk menyertainya. Sama ada dengan menawarkan nilai komisyen yang lebih besar ataupun lain-lain kelebihan, semua ini hanya akan dapat anda miliki sekiranya anda berjaya mengekalkan fokus dalam program tersebut.