Bicara Internet
Selamat Datang ke Bicarainternet - komuniti usahawan Malaysia di Internet.
Sila daftar untuk menjadi ahli kelab secara percuma.
1. username
2. password
3. Email address
Siap!

Dari
Admin
wanginternet
Bicara Internet
Selamat Datang ke Bicarainternet - komuniti usahawan Malaysia di Internet.
Sila daftar untuk menjadi ahli kelab secara percuma.
1. username
2. password
3. Email address
Siap!

Dari
Admin
wanginternet
Bicara Internet
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Bicara Internet

Bicara Internet : Komuniti Usahawan Malaysia Di Internet
 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 Jangan Promosikan Produk-produk Seperti di bwh:

Go down 
AuthorMessage
info




Posts : 19
Join date : 2009-09-04

Jangan Promosikan Produk-produk Seperti di bwh: Empty
PostSubject: Jangan Promosikan Produk-produk Seperti di bwh:   Jangan Promosikan Produk-produk Seperti di bwh: EmptySun Sep 13, 2009 2:42 pm

1. Tidak melibatkan unsur yang jelas haram di dalam Islam seperti riba, judi dan lain-lain. Contohnya seperti mengajar orang lain melakukan pinjaman dengan kaedah konvensional atau melakukan pelaburan dengan cara yang jelas haram.

2. Jika produk informasi seperti ebook, ia tidak mengandungi unsur-unsur yang gharar (ragu-ragu) atau masih berstatus 50-50. Contohnya sesuatu topik yang masih hangat menanti fatwa para ulama atau majlis fatwa.

3. Tiada unsur pendedahan aurat melainkan jika perlu untuk tujuan pendidikan. Sebab itu jika anda perasan, saya cuba seboleh mungkin untuk mengelakkan penggunaan imej yang menggunakan imej wanita mahupun lelaki yang mendedahkan aurat atau pun yang berlebih-lebihan.

Psstt.. Sebab itulah sesiapa yang gunakan ecover yang ada guna imej awek-awek cun yang terdedah auratnya, saya biasanya tidak akan promosikan produk itu atau kalau promosikan pun, saya tidak akan letak imejnya pada usaha promosi saya. Gunakanlah imej yang syariah compliant (lulus syariah).

4. Tiada janji-janji manis yang tidak berpijak pada bumi yang nyata. Sebelum ini saya ada promosikan pelbagai produk usahawan lain. Andaikata produk-produk tersebut anda kecewa memilikinya kerana indah khabar dari rupa, saya mohon maaf. Sebab itulah sekarang saya amat jarang mempromosikan produk orang lain kerana kualitinya di luar kawalan saya.

5. Saya akan fahami produk terlebih dahulu. Contohnya saya akan baca ebook tersebut sebelum mempromosikannya. Sebagai contoh, saya pernah membaca sebuah ebook untuk dipromosikan. Namun disebabkan ada unsur ragu-ragu dari segi hukum dalam ebook tersebut tanpa dinyatakan ia masih status 50-50 (sebaliknya disuruh pembaca melakukannya sahaja), maka saya mengambil keputusan untuk tidak mempromosikannya.

Saya bukan hanya akan membaca ebook tersebut, tapi saya akan kaji juga topik di dalam ebook tersebut jika ia di luar bidang saya. Saya akan kaji ketepatan informasi dan juga perkara berkaitan seperti hukum hakamnya dalam Agama.

6. Tidak mengajar orang melakukan strategi yang salah seperti SPAM, trik menipu, melanggar peraturan sesebuah pihak dan lain-lain lagi. Jika ada aspek sebegini, 100% saya tidak akan promosikan.
Back to top Go down
 
Jangan Promosikan Produk-produk Seperti di bwh:
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Jangan Mulakan Perniagaan Internet Anda Tanpa Menggunakan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Bicara Internet :: Cara Dapat Duit Dari Internet :: Program Affiliatte-
Jump to: