Bicara Internet
Selamat Datang ke Bicarainternet - komuniti usahawan Malaysia di Internet.
Sila daftar untuk menjadi ahli kelab secara percuma.
1. username
2. password
3. Email address
Siap!

Dari
Admin
wanginternet
Bicara Internet

Bicara Internet : Komuniti Usahawan Malaysia Di Internet
 
HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  

Share | 
 

 Motivasi : Ketiadaan pengagihan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
budgetstreet



Posts : 5
Join date : 2010-04-25

PostSubject: Motivasi : Ketiadaan pengagihan   Mon Apr 26, 2010 9:37 am

Adakah anda ingin melakukan semua perkara dengan sendiri?
Adakah anda rasakan bahawa sesuatu itu memang menjadi tugas
anda atau adakah anda fikir yang tiada orang lain yang oleh
melakukannya sebaik anda? Pernahkah anda merasakan tidak
cukup masa?

Sama ada anda menguruskan perniagaan kecil ataupun besar,
prinsipnya adalah sama. Masa adalah terhad tetapi kerja
jarang sekali begitu. Untuk membolehkan anda mempunyai
lebih banyak masa untuk diri sendiri maka anda perlulah
membahagi-bahagikan tugas kepada orang lain(pekerja).

Tentukan bahagian mana daripada apa yang sedang anda
lakukan sekarang yang boleh dibuat oleh orang lain. Jadilah
sesorang yang sanggup atau pandai mengagihkan kerja. Setelah
itu anda akan terkejut kerana mendapati bahawa anda
sebenarnya mempunyai lebih banyak masa untuk digunakan.

Bagaimanapun, menjadi seorang pengagih kerja merupakan satu
masalah bagi kebanyakan kita dan terdapat banyak sebab
kenapa kita tidak mengagihkan kerja kepada orang lain.
Salah satu daripada punca utamanya ialah ketakutan
psikologi bahawa sekiranya kita mengagihkan kerja kepada
orang lain, mereka akan membuatnya lebih baik daripada kita
ataupun tidak sama dengan hasil kita.

Dalam hidup ini, terdapat banyak individu yang tidak faham
bahawa eksekutif, pengurus, CEO yang berkesan sentiasa
mencari orang lain untuk melakukan apa yang ingin mereka
sempurnakan. Mereka faham bahawa kebolehan menggunakan
kekuatan orang lain merupakan cir sebenar seorang individu
yang berkesan, tetapi masih ramai yang belum faham akan hal
berkenaan. Mereka menggunakan masa mereka untuk membuat
segala-galanya dengan sendiri.

Jangan jadi seperti mereka ini. Berfikir, rancanglah masa
serta kerja anda dan setelah itu tetapkan objektif yang
boleh dicapai dalam tempoh masa yang ada. Ingat, masa
mempunyai had manakala kerja tidak terhad sifatnya. Oleh
itu, mereka yang merancang kerja mereka terlebih dahulu
sebenarnya bertindak secara tepat untuk mengatasi masalah
yang bakal timbul.

Seorang ahli perniagaan dari US berkata, formula kejayaan
beliau adalah :

"Saya mengambil orang yang lebih baik daripada saya untuk
bekerja di syarikat saya"

Dalam erti kata lain, beliau membuat pengagihan kerja.
Mengagihkan kerja bukan bererti memberi tugasan. Anda
menugaskan sesuatu kerja kepada seorang pekerja tetapi anda
mengagihkan atau mengamanahkan tanggungjawab kepada rakan
sekerja anda. Perbezaaan antara kedua-dua perkara tadi
ialah apabila anda menugaskan sesuatu kerja anda akan
bertanggungjawab bagi orang yang diberikan kerja itu dan
juga kerja yang dilakukannya. Tetapi apabila anda
mengagihkan tugas, anda mendapatkan khidmat seseorang yang
boleh melakukan semua kerja itu dengan sendiri dan dengan
cara yang sewajarnya.

Terdapat tiga peraturan utama untuk menjamin kejayaan dalam
pengagihan tugas iaitu :

1. Agihkan pada waktu yang tepat

2. Agihkan tugas yang tepat

3. Agihkan kepada orang yang tepat


==================================
1. Agihkan pada waktu yang tepat
==================================

Masa paling tepat untuk mengagihkan tugas ialah apabila
anda boleh berbuat demikian. Cara palin baik untuk
memulakannya ialah dengan membabitkan tugas-tugas yang
kecil sebelum tugas-tugas yang lebih penting atau besar.
Orang yang berkata "saya tidak boleh mengagihkan tugas"
selalunya adalah orang yang tinggi egonya. Agihkan kerja
apabila anda mempunyai banyak tugas untuk dilaksanakan.
Jadi agihkanlah mana-mana kerja yang sebaiknya diagihkan
kepada orang lain.

===============================
2. Agihkan tugas yang tepat
===============================

Contohnya kegiatan yang biasa kita buat. Agihkan
kerja-kerja harian kita, yang kurang karenahnya ataupun
kerja-kerja yang tidak berapa penting. Ingat, kebanyakan
pekerja bawahan kita akan gembira menerima tugas baru.
Dengan cara ini, ia boleh memperbaiki kelemahan mereka yang
ketara selama ini. Agihkan pelbagai jenis tugas untuk
menguji kebolehan mereka dan untuk menambahkan minat mereka
terhadap kerja.

====================================
3. Agihkan kepada orang yang tepat
====================================

Pilihlah orang-orang anda dengan cermat. Lihat bagaimana
mereka bekerja, ujilah mereka dengan masalah, galakkan
mereka berfikir secara bebas dan jangan mengharapkan
kesempurnaan. Pilihlah mereka yang mempunyai daya usaha dan
berilah sokongan kepada mereka. Akhir sekali, pantau agihan
yang anda buat, tunjukkanlah minat terhadap mereka yang
anda pilih itu dan luangkan masa untuk sama-sama meneliti
rancangan mereka. Agihkan kerja anda tetapi teruskanlah
menerajui tugas yang lebih besar.

From:

Mazlie Nadzri
Back to top Go down
View user profile
 
Motivasi : Ketiadaan pengagihan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Bicara Internet :: Bicara Internet Forum :: Motivasi Kendiri-
Jump to: